Apakah objektif Malaysian Homestay?
Malaysian Homestay berobjektif memudahkan pemasaran melalui pengurusan kredibiliti dan reputasi, sistem tempahan, dan membangunkan halaman web homestay supaya berinformasi dan berkualiti tinggi.
Siapakah dapat memanfaati Malaysian Homestay?
Malaysian Homestay dapat dimanfaati oleh:

  1. Pelanggan homestay
  2. Pemilik homestay;
  3. Freelancer Perlancongan.
Apakah manfaat kepada Pelanggan?
Pelanggan menerima pulangan 5% - 20% daripada Harga Sewa selepas berkongsi pengalaman bercuti di homestay diinapi.

Platform Malaysian Homestay berfungsi sebagai stakeholder bagi memastikan pelanggan menerima pulangan Harga Sewa. Jumlah ini dapat digunakan untuk perbelanjaan tambahan semasa atau selepas bercuti. Ringkasan transaksi adalah seperti di bawah:

  1. Pemilik mendaftarkan halaman profil dan tempahan N⁰.TEL secara percuma.
  2. Pemilik mempromosikan homestay melalui N⁰.TEL pemilik.
  3. Pelanggan lawati URL N⁰.TEL pemilik homestay.
  4. Pelanggan membayar "Harga Sewa".
  5. Pelanggan melawati homestay dan bercuti. 
  6. Pelanggan berkongsi pengalaman positif semasa menginapi homestay. 
  7. Pelanggan menerima bayaran 5% - 20% daripada Harga Sewa.
  8. Pemilik dapat membangunkan perniagaan homestay berdasarkan ulasan pelanggan.
Apakah manfaat kepada Pemilik?
Pemilik boleh memanfaati URL N⁰.Tel (nombor telefon) yang mudah diingati dan dipromosikan.

Pemilik turut memanfaati sistem pengurusan reputasi dan pembangunan perniagaan melalui ulasan pelanggan, pemasaran berpusat dan halaman penerangan yang efektif, serta pengurusan tempahan homestay memudahkan pelanggan.

Sistem kami turut menggunakan sistem carian lokasi yang khusus menurut mukim dan mengelakkan persaingan di antara pemilik homestay.
Apakah manfaat kepada Freelancer Perlancongan?
Freelancer Perlancongan berpeluang menjana pendapatan sampingan dengan membangunkan homestay setempat. 
Adakah Malaysian Homestay memberikan iklan percuma?
Semua iklan setakat menyatakan alamat homestay dengan tanpa nama homestay, emel, nombor telefon dan halaman web, serta tanpa urusan tempahan adalah 100% percuma. Segala komunikasi hendaklah melalui sistem inbox atau komunikasi halaman ini. Ini sama digunakan booking.com, airbnb.com, mudah.my atau halaman tempahan selainnya.
Adakah Malaysian Homestay memberikan domain dan halaman web?
Malaysian Homestay membenarkan kegunaan subdomain dan halaman web kepada semua homestay. Domain digunakan sebagai asas adalah http://N⁰.Tel (nombor telefon) dan sangat mudah diingati oleh semua pelanggan.

    Adakah subdomain dan halaman profil diberikan percuma?
    Subdomain dan halaman web atau profil homestay adalah sentiasa percuma. Pemilik hanya perlu mengemaskini profil homestay supaya berinformasi dan berkualiti. 
    Kenapa domain N⁰.Tel?
    Kos membina website adalah tinggi dan nama domain mudah diingati serta pendek sangat terhad serta mahal. Jika halaman dibangunkan dengan baik tetapi domain susah diingati, maka semua perbelanjaan membina halaman menjadi sia-sia. Oleh itu terdapat banyak halaman tidak terpelihara atau gulung tikar. 

    Selainnya, pembangunan perniagaan di halaman Facebook tidak bertahan lama kerana URL terhad dan tidak relevan serta susah diingati. Kesan akhir pemilik terpaksa membayar sejumlah wang besar untuk pemasaran dan dengan hasil tidak seberapa. 

    Oleh itu Malaysian Homestay mengfokuskan kepada kaedah membangunkan reputasi homestay melalui URL yang mudah dipromosikan dan diingati semua. Hanya dengan satu klik pelanggan langsung ke halaman penuh informasi, ulasan berguna dan sistem tempahan atas talian dengan bayaran FPX langsung daripada akaun bank masing-masing.

    Ianya sangat mudah dipromosikan di Facebook, Instagram, forum dan selainnya serta tanpa perlu pemilik bercerita panjang lebar setiap hari.
    Adakah Malaysian Homestay sesuai untuk semua pemilik homestay?
    Malaysian Homestay lebih bertepatan dengan pemilik yang berminat pengurusan kredibiliti dan reputasi (reputation management) melalui ulasan pelanggan. Malaysian Homestay juga lebih bertepatan dengan pemilik yang berminat memberikan pulangan kewangan yang lebih kepada pelanggan supaya menjamin kejayaan berterusan.